Singapura catat 3,890 kes

SINGAPURA 11 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,890 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,716 jangkitan tempatan dan 174 kes import.

Ini meningkat jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,228,914 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,358 orang termasuk dua kematian yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 3,495 kes baru Protokol 2 dilaporkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Ini terdiri daripada 3,343 jangkitan tempatan dan 152 kes import manakala 395 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 373 jangkitan tempatan manakala 22 adalah kes import.

Sementara itu, seranai 246 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 263 semalam di mana 26 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enam kes dipantau rapi di ICU:

Seramai 2,485 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment