New Zealand buka sempadan 31 Julai

AUCKLAND 11 Mei – Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan New Zealand akan membuka semula sempadan antarabangsanya mulai 31 Julai depan, dua bulan lebih awal daripada jangka masa ditetapkan kerajaan.

Katanya, beberapa hari lagi iaitu mulai 16 Mei visa pelawat dari Kepulauan Pasifik akan dibuka secara atas talian manakala pada 4 Julai semua kategori visa kerja dibuka untuk permohonan.

Begitu juga dengan visa pelajar dan pelawat seluruh dunia akan dibuka semula pada 31 Julai yang juga akan menandakan kembalinya pendidikan antarabangsa manakala kapal persiaran dialu-alukan ke pelabuhan tempatan pada hari sama.

Beliau mengumumkan langkah pembukaan semula itu dalam ucapan pra-bajet pada majlis makan tengah hari Business New Zealand

Arden berkata pembukaan sempadan akan membantu mengurangkan kekurangan tenaga kerja mahir dengan segera, membuka pelancongan dan meletakkan tetapan imigresen pada kedudukan lebih selamat.

“Kami sedang membina rancangan yang terbukti menjamin masa depan ekonomi New Zealand,” kata Ardern.

Beliau juga menekankan pada masa yang sama pemantauan di sempadan akan terus dilakukan sesuai dengan pelan varian yang dirangka bagi mengawal pandemik Covid-19.

Related posts

Leave a Comment