Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 8 Mei – Jumlah pesakit sembuh di Indonesia mengatasi kes baharu Covid-19 apabila 452 orang dilaporkan pulih berbanding 227 kes positif yang dikesan hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 452 kes sembuh, sebanyak 399 jangkitan tempatan dan 53 kes import menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 5,885,858. Manakala jumlah kes jangkitan pula meningkat kepada 6,048,431 dengan kes baharu terdiri daripada 217 kes tempatan dan 10 kes import manakala kes aktif meningkat kepada 6,192 dengan pertambahan 235 kes aktif baharu. Jumlah kematian pula bertambah 10 orang menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

Rampas kapal tangki minyak sawit

JAKARTA 8 Mei – Tentera Laut Indonesia merampas sebuah kapal tangki yang membawa minyak kelapa sawit, keluar dari negara itu dan melanggar larangan eksport, kata jurucakapnya, Agung Prasetiawan. Beliau berkata kapal itu membawa 34 kontena mengandungi olein kelapa sawit yang ditapis, diluntir dan dinyahbau (RBD). Katanya, kapal perang Indonesia memintas MV Mathu Bhum, Rabu lalu, yang membawa bendera Singapura dan menuju ke Malaysia. Minggu lalu, Indonesia, pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, melarang eksport bahan itu bagi mengekang kekurangan dan kenaikan harga domestik. Negara itu mengeluarkan kira-kira 60 peratus daripada…

Read More

25 juta tan bijirin ‘tersangkut’

GENEVA: Kira-kira 25 juta tan bijirin tersangkut di pelabuhan Ukraine susulan pencerobohan Rusia menyebabkan bekalan itu tidak dapat dieksport kerana masalah infrastruktur selain sekatan di Laut Hitam dan Mariupol oleh Rusia . Pegawai Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) memaklumkan halangan itu menyebabkan lonjakan harga komoditi itu dalam pasaran makanan global sehingga mencapai rekod tertinggi pada Mac lalu berikutan operasi ketenteraan itu. Kenaikan harga makanan dunia bagaimanapun dilihat mula berkurang pada bulan lalu, namun masalah kekurangan stok makanan asas masih menjadi isu kritikal. Berdasarkan angka Majlis Bijirin Antarabangsa (IGC), Ukraine adalah…

Read More

Lebih 100,000 hadir Rumah Terbuka

PUTRAJAYA 8 Mei – Kehadiran lebih 100,000 orang ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022 menzahirkan konsep keluarga besar Malaysia yang diidamkan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, sasaran awal kehadiran Keluarga Malaysia adalah seramai 70,000 namun sehingga program berkenaan berakhir kira-kira pukul 6 petang tadi lebih 100,000 yang hadir. “Apa yang digambarkan pada hari ini dengan kehadiran yang ramai berbilang kaum seperti satu keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia seperti yang saya idam-idamkan. Kita sasarkan 70,000 pengunjung, tapi saya dimaklumkan lebih 100,000 hadir.…

Read More

Thailand catat 8,081 kes baharu

BANGKOK 8 Mei – Thailand merekodkan 8,081 lagi kes baharu Covid-19, hari ketujuh jumlah kes harian di bawah 10,000 yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,324,850. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 54 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 58 meninggal dunia semalam dengan 8,450 kes harian dilaporkan. Jumlah kes baharu itu melibatkan 8,077 kes tempatan serta empat kes import dan ia tidak termasuk 10,055 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam. Setakat semalam, sebanyak 91,279 orang menerima rawatan Covid-19, termasuk 29,346 di hospital. Pusat Pentadbiran Situasi…

Read More

Peningkatan kes harian berterusan

BERAKAS 8 Mei  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 231 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan berterusan berbanding 162 semalam dan 153 kes kelmarin. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 142,858. Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 224 adalah hasil Ujian ART dan tujuh kes lagi hasil daripada 338 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata,…

Read More

Seri Paduka di Rumah Terbuka PM

PUTRAJAYA 8 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana, hari ini. Keberangkatan tiba baginda ke Seri Perdana pada kira-kira jam 11.30 pagi disambut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara,  Mohd Zuki Ali. Al-Sultan Abdullah kemudian diiringi ke bilik santapan khas untuk menikmati juadah tradisi ala desa. Usai bersantap, Seri Paduka Baginda berkenaan berangkat ke khemah utama di Laman Sari untuk beramah mesra dengan rakyat yang hadir…

Read More

WHO kumpul bukti jenayah perang

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengumpul bukti berkaitan siasatan kemungkinan jenayah perang dilakukan oleh Rusia. Siasatan itu susulan dakwaan Rusia menyerang fasiliti penjagaan kesihatan Ukraine. Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan mendakwa badan dunia itu merekodkan 200 serangan Rusia ke atas hospital dan klinik di Ukraine. Tegas beliau, pihak terlibat dalam perang perlu bersikap bertanggungjawab dan mengelak kemudahan kesihatan menjadi sasaran serangan. Serangan dengan sengaja ke atas lokasi itu jelas mencabul undang-undang kemanusiaan. Rusia sehingga kini menafikan dakwaan Ukraine dan blok barat mengenai jenayah perang berkenaan. Ryan memberitahu 200 fasiliti…

Read More

RM7 bilion atasi masalah air Kelantan

KOTA BHARU 8 Mei – Kerajaan Negeri Kelantan memerlukan sekitar RM7 bilion untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata, anggaran peruntukan itu bagi menukar sistem paip lama melibatkan jarak 5,000 kilometer, serta pembinaan loji baharu. Mohd Amar  mengakui, kerajaan negeri sudah berusaha bagi mengatasi masalah bekalan air bersih selama 30 tahun namun, pertikaian politik dengan kerajaan persekutuan didakwa menjadi punca negeri itu tercicir menerima peruntukan. Ini termasuk isu pembatalan projek air Kelantan Utara bernilai RM600 juta pada 1990.…

Read More