Rampas kapal tangki minyak sawit

JAKARTA 8 Mei – Tentera Laut Indonesia merampas sebuah kapal tangki yang membawa minyak kelapa sawit, keluar dari negara itu dan melanggar larangan eksport, kata jurucakapnya, Agung Prasetiawan.

Beliau berkata kapal itu membawa 34 kontena mengandungi olein kelapa sawit yang ditapis, diluntir dan dinyahbau (RBD).

Katanya, kapal perang Indonesia memintas MV Mathu Bhum, Rabu lalu, yang membawa bendera Singapura dan menuju ke Malaysia.

Minggu lalu, Indonesia, pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, melarang eksport bahan itu bagi mengekang kekurangan dan kenaikan harga domestik.

Negara itu mengeluarkan kira-kira 60 peratus daripada minyak kelapa sawit dunia, yang digunakan dalam pelbagai produk, seperti kosmetik dan sapuan coklat.

Satu pertiga daripada pengeluarannya digunakan secara domestik.

Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), minyak sayuran antara barang makanan ruji yang menyaksikan harga mencecah paras tertinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berikutan pencerobohan Rusia  ke atas kuasa pertanian Ukraine.

Pihak berkuasa bertindak bagi mencuba dan mengawal harga, bimbang kemarahan orang ramai, memandangkan pengguna di beberapa bandar dipaksa beratur berjam-jam di pusat pengagihan bagi membeli minyak masak, pada harga subsidi.

Indonesia bercadang membenarkan semula eksport apabila harga pukal tempatan bagi minyak masak jatuh kepada 14,000 rupiah (RM4.22), selepas meningkat kepada 26,000 rupiah (RM7.84). Semalam, harga minyak kepala sawit jatuh kepada 17,200 rupiah (RM5.18).

Related posts

Leave a Comment