Thailand catat 8,081 kes baharu

BANGKOK 8 Mei – Thailand merekodkan 8,081 lagi kes baharu Covid-19, hari ketujuh jumlah kes harian di bawah 10,000 yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,324,850.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 54 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 58 meninggal dunia semalam dengan 8,450 kes harian dilaporkan.

Jumlah kes baharu itu melibatkan 8,077 kes tempatan serta empat kes import dan ia tidak termasuk 10,055 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam.

Setakat semalam, sebanyak 91,279 orang menerima rawatan Covid-19, termasuk 29,346 di hospital.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan Bangkok mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,176, diikuti Buri Ram 274, Chon Buri 271, Samut Prakan 243 dan Khon Kaen 241.

Empat kes import adalah dari Israel (2) dan setiap satu dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Semalam sebanyak 10,588 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kesembuhan meningkat kepada 4,204,483.

Related posts

Leave a Comment