Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 8 Mei – Jumlah pesakit sembuh di Indonesia mengatasi kes baharu Covid-19 apabila 452 orang dilaporkan pulih berbanding 227 kes positif yang dikesan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 452 kes sembuh, sebanyak 399 jangkitan tempatan dan 53 kes import menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 5,885,858.

Manakala jumlah kes jangkitan pula meningkat kepada 6,048,431 dengan kes baharu terdiri daripada 217 kes tempatan dan 10 kes import manakala kes aktif meningkat kepada 6,192 dengan pertambahan 235 kes aktif baharu.

Jumlah kematian pula bertambah 10 orang menjadikan jumlah keseluruhan mencapai 156,381 orang

Sementara itu, kes harian tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 166 orang terdiri 117 kes tempatan dan 49 import, diikuti Jawa Barat 82 kes, Banten 78, Jawa Tengah 29 kes serta Jawa Timur 28 kes.

Bagi kes positif pula, Jakarta merekodkan 78 kes, diikuti Jawa Barat 45 kes, Banten 22 kes, Jawa Tengah 19 kes serta Jawa Timur 18 kes.

Lima provinsi yang merekodkan kematian adalah Jawa Tengah (6) manakala Jawa Timur, Jakarta, Lampung dan Acheh masing-masing merekodkan satu kematian.

Mengenai program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama kini melebihi 199 juta  orang manakala penerima vaksinasi kedua bertambah 9.823 dengan jumlah melebihi 165 juta orang.

Bagi vaksinasi dos ketiga pula bertambah 14,230 dengan jumlah melebihi 41,004,944.

Related posts

Leave a Comment