Covid-19 : Solidariti Plus uji tiga ubat

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menjalankan ujian terhadap tiga jenis ubat-ubatan yang digunakan bagi penyakit lain sebelum ini dalam usaha untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata, ketiga-tiga ubatan itu akan dimasukkan ke dalam kajian global yang sedang dijalankan bagi mengenal pasti potensi rawatan virus tersebut.

Dinamakan ‘Solidariti Plus’, lanjutan ‘Ujian Solidariti’, tiga ubat-ubatan itu dipilih daripada pakar dalam kalangan panel bebas yang menilai semua bukti yang ada pada ubat-ubatan berkenaan.

“Hari ini kami ingin mengumumkan fasa seterusnya dalam ujian solidariti yang digelar ‘Solidariti Plus’, ia akan menguji tiga jenis ubat-ubatan, Artesunate – ubat untuk merawat malaria, Imatini – merawat beberapa jenis kanser dan Infliximab – untuk merawat penyakit imun seperti penyakit Crohn’s.

“Ubat-ubatan ini dipilih oleh pakar panel bebas untuk menilai segala potensi untuk merawat dan ujian ini turut merangkumi ribuan kajian di lebih 600 hospital di 52 negara,” katanya dalam taklimat media di sini pada Isnin.

Ubat-ubatan ini juga dipilih oleh pakar panel badan bebas untuk mengurangkan kadar kematian selepas dijangkiti Covid-19.

Kajian yang dilakukan WHO sebelum ini turut merangkumi ujian terhadap empat jenis ubat-ubatan.

Antaranya termasuk Remdesivir dan Hydroxychloroquine yang dilaporkan tidak berkesan terhadap virus tersebut.

Related posts

Leave a Comment