Indonesia bawah 1,000 kes

JAKARTA 19 April – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia menunjukkan sedikit peningkatan tetapi masih  di bawah 1,000 kes merekodkan 837 berbanding 559 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 6,041,269. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes harian apabila  2,750 orang sembuh terdiri daripada 2,711 kes tempatan dan 39 import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,836,310. Terdapat 34 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 155,937 orang. Bagi program vaksinasi, setakat ini, sebanyak 101,372 menerima vaksin pertama menjadikan jumlah keseluruhan 101.372 dengan jumlah keseluruhan melebihi 198 juta atau 198,351,438. Bagi…

Read More

Kerjasama perubahan iklim

SINGAPURA 19 April – Singapura dan New Zealand akan bekerjasama dalam perubahan iklim dan ekonomi hijau, sebagai sebahagian daripada perkongsian yang dipertingkatkan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Sebagai permulaan, bidang-bidang yang ditumpukan termasuk pasaran karbon, pengangkutan yang mampan dan pengurusan sisa. Ini diumumkan semasa lawatan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern ke Singapura – lawatan ke luar negara pertamanya sejak pandemik Covid-19 bermula. “Kita memerlukan kerjasama yang lebih kukuh dalam kalangan negara-negara untuk melindungi masyarakat dan tempat yang paling mudah terjejas di planet kita. Pada masa yang sama, Kita…

Read More

Molnupiravir ubat antivirus kedua lulus

SINGAPURA 19 April – Ubat antivirus molnupiravir menjadi pil kedua yang diluluskan di Singapura untuk merawat pesakit dewasa Covid-19, demikian menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini. Kelulusan sementara itu diberikan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) bagi pil Lagevrio yang dihasilkan syarikat MSD. Molnupiravir yang dipasarkan sebagai Lagevrio diluluskan untuk pesakit Covid-19 berusia 18 tahun dan ke atas, yang mengalami gejala ringan hingga sederhana tetapi berisiko menjadi lebih teruk atau perlu dimasukkan ke hospital. Ia juga bagi mereka yang “tidak layak untuk rawatan alternatif Covid-19. Pada Februari, Singapura…

Read More

Singapura catat 4,718 kes baharu

SINGAPURA 19 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,718 kes baharu Covid-19 di Singapura berbanding 2,480 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,167,498. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,085 adalah jangkitan tempatan dan 154 lagi kes import manakala satu kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,317 orang meninggal dunia. Menurut MoH, sebanyak 4,239 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada jumlah kes itu, 4,085 adalah jangkitan tempatan dan 154…

Read More

Thailand catat 16,891 kes baharu

BANGKOK 19 April – Thailand merekodkan 16,891 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 129 orqng meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,063,844 serta 27,135 kematian. Jumlah kes harian itu bagaimanapun tidak termasuk 12,945 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada 29,836. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 24,927 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,839,360 orang pulih manakala jumlah mereka yang mendapatkan rawatan 197,349 orang. Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan itu termasuk 51,297 di hospital di mana 2,104 dalam keadaan kritikal dan…

Read More

182 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 19 April – Brunei Darussalam merekodkan 182 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 140,364. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 162  adalah hasil Ujian ART dan 20 kes adalah hasil daripada 877 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Terdapat satu kes dalam Kategori…

Read More

Ziarah Kasih Seri Paduka

KUANTAN 19 April  – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Beserah hari ini. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Pada program ini, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada lima keluarga asnaf di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan…

Read More

Covid-19 Malaysia 7,140

PUTRAJAYA 19 April  – Malaysia merekodkan 7,140 kes baharu Covid-19 semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 6,623 kes kelmarin, Ahad menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,396,165. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 6,876 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 264 kes adalah kes import. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 50.96 peratus atau 3,639 individu adalah dalam kalangan pesakit Covid-19 kategori dua, diikuti kategori satu (3,458), kategori lima (15) dan masing-masing 14 kes dalam kategori tiga dan empat. Secara keseluruhan, daripada 43 kes dalam kategori tiga hingga…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.88

PUTRAJAYA 19 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik lagi kepada 0.88 berbanding 0.86 kelmarin. Selangor satu-satunya negeri yang melepasi kadar kebangsaan itu dengan merekodkan 0.91 berbanding 0.89 kelmarin. Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing mencatatkan kadar 0.87, Perak 0.86, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84 dan Melaka 0.83. Johor mencatatkan 0.79, Pulau Pinang 0.76, Sabah 0.74, Kedah 0.71, Sarawak 0.70, Pahang 0.67, dan Kelantan 0.63. Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 11 kes, Perlis 10, dan Wilayah Persekutuan Labuan tujuh kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap…

Read More