Kadar kebolehjangkitan 0.88

PUTRAJAYA 19 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik lagi kepada 0.88 berbanding 0.86 kelmarin.

Selangor satu-satunya negeri yang melepasi kadar kebangsaan itu dengan merekodkan 0.91 berbanding 0.89 kelmarin.

Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing mencatatkan kadar 0.87, Perak 0.86, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84 dan Melaka 0.83.

Johor mencatatkan 0.79, Pulau Pinang 0.76, Sabah 0.74, Kedah 0.71, Sarawak 0.70, Pahang 0.67, dan Kelantan 0.63.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 11 kes, Perlis 10, dan Wilayah Persekutuan Labuan tujuh kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment