Indonesia bawah 1,000 kes

JAKARTA 19 April – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia menunjukkan sedikit peningkatan tetapi masih  di bawah 1,000 kes merekodkan 837 berbanding 559 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 6,041,269.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes harian apabila  2,750 orang sembuh terdiri daripada 2,711 kes tempatan dan 39 import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,836,310.

Terdapat 34 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 155,937 orang.

Bagi program vaksinasi, setakat ini, sebanyak 101,372 menerima vaksin pertama menjadikan jumlah keseluruhan 101.372 dengan jumlah keseluruhan melebihi 198 juta atau 198,351,438.

Bagi vaksinasi kedua pula, jumlahnya bertambah 157,719 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 163,036,814 manakala 511,767 lagi mengambil dos ketiga menjadikan jumlah keseluruhan 31,860,369.

Related posts

Leave a Comment