Singapura catat 4,718 kes baharu

SINGAPURA 19 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,718 kes baharu Covid-19 di Singapura berbanding 2,480 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,167,498.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,085 adalah jangkitan tempatan dan 154 lagi kes import manakala satu kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,317 orang meninggal dunia.

Menurut MoH, sebanyak 4,239 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada jumlah kes itu, 4,085 adalah jangkitan tempatan dan 154 kes import manakala 479 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.87, naik berbanding 0.80 semalam

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya di mana kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin merosot.

Seramai 278 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 261 semalam di mana 40 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, sembilan dipantau rapi di ICU manakala 1,842 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment