182 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 19 April – Brunei Darussalam merekodkan 182 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 140,364.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 162  adalah hasil Ujian ART dan 20 kes adalah hasil daripada 877 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Terdapat satu kes dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 494 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 139,187 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 959 kes, iaitu 37 kes sedang dirawat di hospital, manakala 922 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 1,092 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam menjadikan jumlah keseluruhan 12,275 orang atau 28.6 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Bagi penduduk dewasa pula jumlah yang menerima tiga dos adalah sebanyak 63.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment