Ziarah Kasih Seri Paduka

KUANTAN 19 April  – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Beserah hari ini.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Pada program ini, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada lima keluarga asnaf di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Related posts

Leave a Comment