Vaksinasi kanak-kanak Brunei sukarela

BERAKAS 29 Mac – Vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di Brunei Darussalam akan dibukakan secara sukarela, iaitu atas kemahuan dan persetujuan ibu bapa atau penjaga sendiri. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, ibu bapa atau penjaga akan dipelawa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksin Covid-19 di Pusat-pusat Suntikan yang ada secara ‘walk-in’ atau menempah melalui BruHealth. ”Tarikh permulaan pemberian vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya pada Sidang Media Khas Vaksinasi Kanak-Kanak Berumur 5 hingga 11 Tahun,…

Read More

Pengajaran bersemuka di Brunei 3 Ramadan

BERAKAS 29 Mac – Semua Institusi Pendidikan Awam, Swasta dan Antarabangsa, di Brunei Darussalam akan melaksanakan semula pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai 3 Ramadan ini. Menteri Pendidikan, Hamzah Sulaiman berkata, institusi berkenaan adalah yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Ini merangkumi Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, Pusat-pusat Khas, Peringkat Tadika, Peringkat Pra hingga Tahun 6 (hanya bagi Sekolah Rendah yang mempunyai kurang 50 pelajar), Peringkat Menengah, Maktab dan Pusat-Pusat Tingkatan Enam, iaitu Tahun 7 hingga Tahun 13.  Kementerian Pendidikan…

Read More

517,702 permit ke Rawdah Ramadan ini

MADINAH : Mulai Ramadan ini, permit untuk ke Rawdah Al Sharifah dihadkan kepada 517,702 dengan kapasiti harian 16,980 hingga 20 Ramadan dan 11,095 dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan. Menurut Haramain Sharifain, pelan operasi Masjid Al Nabawi sepanjang Ramadan ini termasuklah pintu masuk di Rawdah untuk lelaki melalui pintu 38 dan keluar dari pintu 2 manakala untuk wanita melalui pintu 24 dan keluar dari pintu 24 dan 37. Permit akan dikeluarkan melalui aplikasi Eatmarna. Di samping itu tiada permit diperlukan untuk ziarah Makam Rasulullah dan ia akan melalui pintu satu, Bab…

Read More

54 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 29 Mac – Sebanyak 54 kematian Covid-19 direkodkan semalam di mana 16 daripadanya, membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 34,842 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kematian direkodkan di Selangor, termasuk tiga kes BID, diikuti Sabah sembilan kematian, termasuk dua kes BID. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan lapan kematian termasuk dua kes BID, masing-masing lima kematian di Kedah (3 BID) dan Negeri Sembilan (2 BID). Tiga kematian masing-masing direkodkan di Johor, Sarawak (1 BID) dan Terengganu serta masing-masing dua kematian di…

Read More

Kes jangkitan harian turun lagi

PUTRAJAYA 29 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 13,336 kes positif baharu Covid-19 semalam, menunjukkan penurunan berbanding 16,863 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan  kini mencecah 4,152,203. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 189 kes import melibatkan 179 warganegara dan 10 bukan warganegara manakala 13,147 kes tempatan melibatkan 12,530 warganegara dan 617 bukan warganegara. Pada masa sama, sebanyak 25,552 kes sembuh daripada Covid-19 direkodkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,896,489 kes pulih di negara ini. Ketika ini, sebanyak 220,872 kes aktif dikesan dengan sebilangan besar menjalani isolasi di rumah iaitu seramai 214,723…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 29 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara turun kepada 0.92 berbanding   0.93 kelmarin. Tiga negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi dan dua menyamai menyamai kadar kebangsaan itu manakala yang lain merekodkan kadar yang lebih rendah. Selangor satu-satunya negeri melepasi kadar 1.00 iaitu 1.08 berbanding 1.09 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.94 dan Perak 0.93 manakala Melaka dan Sarawak masing-masing 0.92. Puau Pinang mencatatkan kadar 0.86, Negeri Sembilan 0.85, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.84, Pahang, Perlis dan Johor masing-masing…

Read More

Penerima dos penggalak meningkat

PUTRAJAYA 29 Mac – Sebanyak 35,243 lagi individu mengambil dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,668,773 atau 66.6 peratus daripada populasi dewasa. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 22,950,073 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka termasuk 937 orang semalam. Bagi kumpulan yang sama, sebanyak 23,226,244 atau 98.7 peratus telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Di samping itu, sebanyak 2,849,642 atau 91.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun, melengkapkan vaksinasi mereka,dan 2,946,672 atau 94.7 peratus mendapat…

Read More

Singapura catat 4,925 kes baharu

SINGAPURA 28 Mac –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,925‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang meliputi 4,813 ‬jangkitan tempatan dan 112 kes import manakala empat lagi kematian direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,076,930 orang dengan jumlah kematian pula 1,254 orang. Sebanyak 4,088 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 69 kes import dan 4,019 jangkitan tempatan manakala 837‬ kes lagi disahkan menerusi ujian…

Read More