Penerima dos penggalak meningkat

PUTRAJAYA 29 Mac – Sebanyak 35,243 lagi individu mengambil dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,668,773 atau 66.6 peratus daripada populasi dewasa.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 22,950,073 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka termasuk 937 orang semalam.

Bagi kumpulan yang sama, sebanyak 23,226,244 atau 98.7 peratus telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Di samping itu, sebanyak 2,849,642 atau 91.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17

tahun, melengkapkan vaksinasi mereka,dan 2,946,672 atau 94.7 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 2,920 individu telah menerima dos pertama semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada

1,315,497 atau 37.1 peratus daripada populasi itu..

Semalam sebanyak 41,287 dos vaksin sudah diberikan melibatkan 4,360 dos pertama, 1,684 dos kedua dan 35,243 dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 1,315,497 dos.

Related posts

Leave a Comment