Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 29 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara turun kepada 0.92 berbanding   0.93 kelmarin.

Tiga negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi dan dua menyamai menyamai kadar kebangsaan itu manakala yang lain merekodkan kadar yang lebih rendah.

Selangor satu-satunya negeri melepasi kadar 1.00 iaitu 1.08 berbanding 1.09 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.94 dan Perak 0.93 manakala Melaka dan Sarawak masing-masing 0.92.

Puau Pinang mencatatkan kadar 0.86, Negeri Sembilan 0.85, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.84, Pahang, Perlis dan Johor masing-masing 0.80 dan Terengganu 0.78.

Ini diikuti Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.76, Kelantan 0.71, dan Sabah 0.65.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment