Pengajaran bersemuka di Brunei 3 Ramadan

BERAKAS 29 Mac – Semua Institusi Pendidikan Awam, Swasta dan Antarabangsa, di Brunei Darussalam akan melaksanakan semula pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai 3 Ramadan ini.

Menteri Pendidikan, Hamzah Sulaiman berkata, institusi berkenaan adalah yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Ini merangkumi Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, Pusat-pusat Khas, Peringkat Tadika, Peringkat Pra hingga Tahun 6 (hanya bagi Sekolah Rendah yang mempunyai kurang 50 pelajar), Peringkat Menengah, Maktab dan Pusat-Pusat Tingkatan Enam, iaitu Tahun 7 hingga Tahun 13.

 Kementerian Pendidikan dan KHEU juga memberikan pertimbangan khas bagi mana-mana Institusi Pendidikan yang memohon untuk beroperasi menggunakan kaedah pembelajaran secara dalam talian atau Home Based Learning (HBL).

 Pada masa yang sama pematuhan protokol dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikuatkuasakan di sekolah-sekolah yang ada pada masa ini adalah akan terus dilaksanakan bagi memastikan premis sekolah selamat untuk semua .

 “Dipohonkan agar pelaksanaan dan pematuhan protokol serta SOP ini akan diiringi dengan sikap bekerjasama dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan, dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti sekolah,” katanya.

 Kementerian Pendidikan ingin menasihatkan ibu bapa dan penjaga pelajar sentiasa memantau kesihatan anak-anak dan memastikan mereka tidak mengalami sebarang gejala sebelum ke sekolah, juga menjalani ujian ART dua kali seminggu, seperti yang disarankan oleh pihak berwajib,

Related posts

Leave a Comment