PUTRAJAYA 30 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 0.89 berbanding 0.92 kelmarin. Selangor satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.0 iaitu 1.05 berbanding 1.08 kelmarin diikuti Perak 0.92, Kuala Lumpur 0.91 dan Melaka 0.90. Sarawak pula mencatatkan kadar Rt 0.88, Negeri Sembilan 0.85, Pulau Pinang 0.83, masing-masing 0.81 di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan. Johor, Terengganu dan Perlis masing-masing 0.78 manakala Kedah 0.74, Kelantan 0.69 dan Sabah 0.66. Nilai R-naught merujuk kepada…
Read MoreMonth: March 2022
Peningkatan kes harian Covid-19
PUTRAJAYA 30 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 15,215 kes positif baharu Covid-19 semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 13,336/semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 4,167,418 kes. Turut dilaporkan sebanyak 24,154 kes sembuh yang menyumbang kepada sejumlah 3,920,643 kes kumulatif atau 94.1 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 14,965 daripada kes positif baharu dilaporkan semalam adalah penularan tempatan dengan seramai 14,339 adalah warga negara dan 626 warga asing. Sebanyak 250 pesakit lagi adalah kes import membabitkan 227 rakyat Malaysia dan…
Read MoreMedia Hari Ini 30.03.2022
Maro : penampar…
mari teringat kat abang Mat Over.
Read MoreThailand catat penurunan kes
BANGKOK 29 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan merekodkan 21,678 kes baharu berbanding 24,635 yang direkodkan semalam dengan jumlah kematian 78 orang berbanding 81 semalam. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 13,296 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,575,398 dan 24,958 meninggal dunia. Daripada 21,678 kes itu, sebanyak 21,546 kes melibatkan penduduk awam, 68 penghuni penjara dan 64 kes import. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,611, diikuti 1,089 di Chon Buri,…
Read MorePelitup muka masih jadi pilihan
SINGAPURA 29 Mac – Walaupun penduduk Singapura tidak perlu lagi memakai pelitup muka di luar bangunan mulai hari ini, masih ramai yang memakainya pada hari pertama langkah pengurusan selamat itu dilonggarkan. Menurut laporan media, ada yang memakainya demi kesihatan mereka manakala yang tidak memakainya berasa lebih selesa dengan kelonggaran itu. Situasi itu mungkin disebabkan ia hari pertama kelonggaran yang mungkin sesuatu yang luar biasa bagi penduduk yang selama dua tahun memakai pelitup muka. Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan orang ramai boleh berkumpul dalam kumpulan hingga…
Read MoreAli Rustam terima ijazah kehormat
ARAU 29 Mac – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan (Hon. D. Dev. Econs) kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Dr Mohd Ali Rustam bagi menghargai sumbangan beliau yang cemerlang dalam bidang ekonomi. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu kepada Mohd Ali sempena sidang pertama Upacara Konvokesyen Ke-59 USM yang berlangsung di Istana Arau, di sini. Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama Menteri Besar Perlis Azlan Man. Sidang pertama…
Read MoreMySejahtera masih relevan
PORT DICKSON 29 Mac – Penggunaan aplikasi MySejahtera tetap relevan bagi tujuan kesihatan awam dan ketika negara berada dalam Fasa Peralihan Endemik, bagi mengesan kontak rapat kes positif Covid-19 bagi tindakan susulan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata, penggunaan aplikasi berkenaan mungkin dimansuhkan dalam masa beberapa bulan lagi, apabila keadaan sudah semakin stabil berdasarkan keputusan KKM. “Kita belum masuk ke fasa endemik tetapi ke fasa peralihan endemik, nak ke endemik jauh sangat. Kita masih ada ribuan kes jangkitan setiap hari. “Jadi MySejhetara masih berfungsi untuk beritahu kepada pengguna sekiranya mereka…
Read More787 kes baharu di Brunei Darussalam
BERAKAS 29 Mac – Sebanyak enam kes Covid-19 berada dalam Kategori 4, kurang tiga kes semalam manakala jumlah kes di bawah Kategori 5 berkurang menjadi satu kes hari ini, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, tiga kematian dilaporkan hari ini tetapi hanya satu dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19 yang telah menerima satu dos vaksin. Katanya, sebanyak 787 kes baharu direkodkan berbanding 791 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 132,981. “Daripada jumlah kes baharu ini, 671…
Read MoreSingapura sedia 60,000 slot tarawih
SINGAPURA 29 Mac – Sebanyak 60,000 ruang untuk solat tarawih berjemaah akan disediakan di masjid-masjid di Singapura setiap malam sepanjang bulan Ramadan yang dijangka bermula 3 April ini. Bagi tujuan pengurusan kapasiti di masjid, jemaah perlu menempah slot bagi solat isyak dan tarawih menerusi sistem dalam talian yang akan dibuka pada 31 Mac ini mulai pukul 10 pagi. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataannya berkata, solat tarawih akan bermula pada pukul 8.45 malam, dengan tempat bagi jemaah wanita turut disediakan di semua masjid. Pada tahun ini, jemaah boleh membuat…
Read More