Kes jangkitan harian turun lagi

PUTRAJAYA 29 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 13,336 kes positif baharu Covid-19 semalam, menunjukkan penurunan berbanding 16,863 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan  kini mencecah 4,152,203.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 189 kes import melibatkan 179 warganegara dan 10 bukan warganegara manakala 13,147 kes tempatan melibatkan 12,530 warganegara dan 617 bukan warganegara.

Pada masa sama, sebanyak 25,552 kes sembuh daripada Covid-19 direkodkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,896,489 kes pulih di negara ini.

Ketika ini, sebanyak 220,872 kes aktif dikesan dengan sebilangan besar menjalani isolasi di rumah iaitu seramai 214,723 pesakit.

Bilangan pesakit Covid-19 yang menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) menjadi tiga angka semalam, dengan sebanyak 873 kes manakala 4,988 kes lagi dirawat di hospital.

Sebanyak 288 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 146 kes disahkan Covid-19; 142 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan manakala 185 memerlukan bantuan pernafasan di mana 90 kes disahkan Covid-19; 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Daripada 13,336 kes harian yang dilaporkan pada 28 Mac 2022:

  • Kategori 1: 6,885 kes (51.63%);
  • Kategori 2: 6,340 kes (47.54%);
  • Kategori 3: 43 kes (0.32%);
  • Kategori 4: 32 kes (0.24%); dan
  • Kategori 5: 36 kes (0.27%).

Daripada 111 kes kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 28 Mac 2022:

  • 29 kes (26.13%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 43 kes (38.74%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 39 kes (35.14%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 64 kes (57.66%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 60 kes (54.05%) mempunyai komorbid.

Dua kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 6,929 kluster; di mana

6,712 kluster telah tamat dan 217 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment