Singapura catat 11,278 kes baharu

SINGAPURA 16 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 11,278‬ kes baharu Covid-19 dan 11 kematian di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 975,607 kes dan 1,170 meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, 11,141 ‬‬adalah jangkitan tempatan dan 137 kes import. Sebanyak 9,762 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia melibatkan 82 kes import dan 9,680 jangkitan tempatan. Sebanyak 1,516‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana 1,461…

Read More

Segerakan PRU-15 tahun ini

KUALA LUMPUR 16 Mac – UMNO perlu mengambil pendirian jelas untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam tahun ini juga, bukannya tahun depan, kata Timbalan Presiden, Mohamad Hasan. Beliau berkata, memenangi pilihan raya dan menguasai Kerajaan bermakna merancang agar PRU diadakan pada masa dan waktu yang tepat, ketika pihak lawan dalam keadaan lemah. Mohamad yang menggariskan lima keperluan PRU disegerakan berkata PRN di Melaka, Sarawak dan Johor memberi beberapa petunjuk penting bahawa masanya sekarang dan bukan tahun hadapan. “PKR kalah semua kerusi yang mereka tandingi di (Pilihan Raya Negeri…

Read More

Thailand catat 23,945 kes baharu

BANGKOK 16 Mac – Selepas merekodkan penurunan kes semalam kepada 19,742, Thailand hari ini merekodkan 23,945 kes dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,250,642. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 70 kematian direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 23,918 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 23,897 adalah melibatkan jangkitan tempatan dan 48 lagi merupakan kes import termasuk dari Singapura, Kemboja, Myanmar, Australia, Hong Kong dan United Kingdom. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,457 kes diikuti Nakhon Si Thammarat 1,440, Chon Buri 1,320, Samut Prakan 886,…

Read More

New Zealand buka sempadan April

WELLINGTON 16 Mac – New Zealand akan membuka sempadannya lebih awal bermula April ini berbanding cadangan awal pada Julai ini, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern hari ini. “Saya berbangga kerana New Zealand merupakan sebuah negara yang pada ketika ini dapat menyediakan tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh para pelancong. ‘Kami bersedia untuk mengalu-alukan ketibaan pelawat,” kata Ardern. Beliau berkata, warga Australia yang lengkap divaksin boleh mengunjungi negara itu tanpa perlu menjalani kuarantin atau pengasingan kendiri mulai April, berbanding dengan tarikh pada Julai yang dirancang sebelum ini. Para pelawat dari negara…

Read More

2,010 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 16 Mac – Brunei Darussalam merekodkan lima lagi kematian hari ini, yang dua daripadanya dikategorikan sebagai meninggal dunia disebabkan Covid-19 manakala dua lagi tiada kaitan menjadikan jumlah keseluruhan 86 orang. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini berkata, ketika ini terdapat 16 kes Kategori 4 memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Manakala tujuh kes pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Menurut Dr Md Isham, sebanyak 2,010 kes baharu direkodkan…

Read More

Kedah tidak kalut ‘snap election’

ALOR SETAR 16 Mac – Keputusan kerajaan negeri Kedah untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat penggal ini bukanlah disebabkan parti Pas ‘takut’ sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah itu bagi membolehkan kerajaan negeri meneruskan kerja pentadbiran serta menguruskan negeri tanpa sebarang gangguan dan ‘percaturan’ politik pihak tertentu. Muhammad Sanusi turut berharap agar langkah sama diikuti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak membubarkan Parlimen dan mentadbir kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal ini. Bercakap pada…

Read More

Selangor tidak berhasrat bubar DUN

SHAH ALAM 16 Mac – Kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak berhasrat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau berkata hasil perbincangannya bersama beberapa Menteri Besar Pakatan Harapan, adalah lebih baik pentadbiran sedia ada ditamatkan hingga akhir penggal iaitu April atau Mei tahun hadapan. “Kita sepakat adalah lebih baik dan berkesan jika pentadbiran ini diselesaikan sehingga penggal berakhir,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor di sini, hari ini. Bagaimanapun,…

Read More

Keputusan sukar, pengeluaran terakhir

PUTRAJAYA 16 Mac – Kerajaan bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Menyifatkan sebagai  ‘keputusan sukar’ beliau berkata kebenaran itu hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. “Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. “Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, petang ini.…

Read More

PH akui kelemahan semasa PRN Johor

KUALA LUMPUR 16 Mac – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengakui ada beberapa kelemahan yang menyebabkan PH hanya memenangi 12 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu. Justeru beberapa tindakan akan diambil bagi bagi mengatasi kelemahan dan menggilap semula idealisme perjuangan PH dan penyokongnya ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, majlis itu yang menerima keputusan rakyat Johor berkata, kelemahan yang dikesan tidak boleh diatasi oleh satu parti atau satu ikhtiar sahaja, sebaliknya perlu diurus bersama secara menyeluruh.…

Read More

Kes jangkitan harian meningkat

PUTRAJAYA 16 Mac – Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 26,534 kes baharu setakat semalam berbanding 22,030 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 3,872,135. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baharu yang dicatatkan semalam, sejumlah 25,843 kes adalah penularan tempatan dengan 691 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes paling tinggi adalah dalam kalangan pesakit Covid-19 kategori dua dengan 15,842 kes atau 59.71 peratus diikuti kategori satu, 10,516 kes (39.63 peratus), masing-masing 65 kes dalam kategori tiga dan empat serta kategori lima…

Read More