Singapura catat 11,278 kes baharu

SINGAPURA 16 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 11,278‬ kes baharu Covid-19 dan 11 kematian di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 975,607 kes dan 1,170 meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, 11,141 ‬‬adalah jangkitan tempatan dan 137 kes import.

Sebanyak 9,762 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia melibatkan 82 kes import dan 9,680 jangkitan tempatan.

Sebanyak 1,516‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana 1,461 adalah jangkitan tempatan manakala 55 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 1,238 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 1,311 semalam di mana 171 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 36 dipantau rapi di ICU dan 10,871 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Selasa 15 Mac, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment