Thailand catat 23,945 kes baharu

BANGKOK 16 Mac – Selepas merekodkan penurunan kes semalam kepada 19,742, Thailand hari ini merekodkan 23,945 kes dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,250,642.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 70 kematian direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 23,918 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 23,897 adalah melibatkan jangkitan tempatan dan 48 lagi merupakan kes import termasuk dari Singapura, Kemboja, Myanmar, Australia, Hong Kong dan United Kingdom.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,457 kes diikuti Nakhon Si Thammarat 1,440, Chon Buri 1,320, Samut Prakan 886, Samut Sakhon 678, Chachoengsao 617, Ratchaburi 554, Ayutthaya 548, Songkhla 500 dan Pathum Thani 473.

Sebanyak 23,339 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 3,004,752.

Semalam, sebanyak 221,972 orang mendapatkan rawatan  Covid-19 .

Related posts

Leave a Comment