9,701 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 11 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,701 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan enam orang lagi dilaporkan meninggal dunia. Daripada jumlah itu, sebanyak 9,597 kes jangkitan tempatan dan 104 ‬kes import menjadikan jumlah keseluruhan 939,436 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 1,145 MoH memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 8,383 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia melibatkan 57 kes import dan 8,326 jangkitan…

Read More

Pas berhati lapang terima keputusan

JOHOR BAHRU 13 Mac – Pas menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati yang lapang walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi tiga kerusi DUN, semuanya melalui Bersatu. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersama komponen PN akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi pada PRN itu. “Di kesempatan ini, Pas mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan, serta jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar…

Read More

‘Makan angin’ jika terus berpecah

KUALA LUMPUR 13 Mac – “Saya ingin memberi ingatan kepada semua pihak, jika kita terus berpecah dalam menghadapi BN, hasilnya kita akan ‘memakan angin’ beramai-ramai selepas PRU-15 nanti,” itu ingatan Mohamad Sabu. Presiden Amanah itu membuat ingatan itu sebagai mengulas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memberi  kemenangan majoriti dua pertiga kepada Barisan Nasional (BN) sementara pembangkang pula menang 16 kerusi. Dalam kenyataannya, beliau berkata perpecahan dalam kalangan parti pembangkang menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor semalam. Katanya, kekalahan pembangkang seharusnya dijadikan pengajaran untuk kembali bersatu…

Read More

2,555 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Mac – Brunei Darussalam merekodkan tiga lagi kematian hari ini, satu daripadanya dikategorikan sebagai meninggal dunia disebabkan Covid-19 sementara dua lagi tiada kaitan. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar memaklumkan dengan perkembangan ini, jumlah kematian meningkat kepada 81 orang. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, Dr Md Isham berkata, ketika ini terdapat 17 kes Kategori 4 memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi Manakala tujuh kes kekal pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif.…

Read More

Bersatu terus sokong Muhyiddin

JOHOR BAHRU 13 Mac – Bersatu akan terus menyokong kepemimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu, kata Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu. Dalam kenyataan pada Ahad, Ahmad Faizal berkata, perjuangan Presiden Bersatu itu mesti diteruskan. “Saya dan seluruh ahli parti di semua peringkat tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau,” katanya dalam kenyataan di sini. Menurut Ahmad Faizal, satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengenal pasti faktor prestasi Bersatu yang hanya memenangi dua daripada 33 kerusi yang ditandingi, selain faktor peratusan rendah pengundi keluar mengundi. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada…

Read More

Undi popular BN 66.25 peratus

PUTRAJAYA 13 Mac – Barisan Nasional (BN) mendahului undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam dengan meraih 445,085 undi atau 66.25 peratus, jauh mengatasi pencabarnya. Pakatan Harapan (PH) pula yang diwakili DAP dan Amanah, memperoleh 168,518 undi atau 25.08 peratus, manakala Perikatan Nasional (PN) yang berkongsi 56 kerusi antara Bersatu, Pas dan Gerakan memperoleh 25,865 undi atau 3.85 peratus. Muda yang pertama kali masuk gelanggang pertandingan memperoleh 22,884 undi atau 3.4 peratus, manakala PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri memperoleh 9,439 undi atau 1.4 peratus. Undi popular merujuk…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 13 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun lagi sehingga 0.99 berbanding 1.03 kelmarin. Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi, satu negeri menyamai kadar 0.99 manakala tiga lagi lebih rendah. Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.29 berbanding kelmarin 1.34, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.14, Terengganu 1.13 Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 1.07, Selangor 1.04, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing 1.03, Kedah dan Pahang masing-masing masing 1.02, seterusnya Johor 1.00. Perlis menyamai  0.99,…

Read More

Johor bangkit pilih kestabilan

BANGSA Johor akhirnya bangkit. Bukan bangkit menyahut seruan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) tetapi bangkit membenamkan PH terutama komponennya PKR dan Amanah. Begitu juga dengan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu, Pas dan Gerakan yang dikatakan ketika kempen memberi saingan sengit kepada BN tetapi hanya mampu menang tiga kerusi, dua Bersatu dan satu Pas. Lebih malang bagi PKR yang bertanding atas logo sendiri seolah-olah ‘keluar dari PH’ dan hanya menang satu kerusi berbanding sekutunya DAP (10) dan Amanah (1) yang menggunakan simbol PH. Maknanya PH ada 12 kerusi.…

Read More

Kes harian turun bawah 30,000

PUTRAJAYA 13 Mac – Angka harian kes Covid-19 di negara ini turun kepada bawah 30,000, dengan 26,250 jangkitan baharu direkodkan semalam berbanding 32,800 yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes setakat ini meningkat kepada 3,801,036 dengan Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 6,472 diikuti Pulau Pinang 2,533 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,399. Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan, sebanyak 25,089 kes sembuh, semalam, menjadikan jumlahnya mencecah 3,443,532 manakala 323,784 kes masih aktif, termasuk 311,946 yang menjalani isolasi di kediaman masing-masing. Seramai 2,780 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan…

Read More

Penerima dos penggalak meningkat

PUTRAJAYA 13 Mac  – Seramai 20,170 lagi individu mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 15,259,493 orang atau 64.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos itu. Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,934,341 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,210,853 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,144,379 individu atau 32.2 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Semalam sebanyak 24,311 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos berkenaan…

Read More