2,555 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Mac – Brunei Darussalam merekodkan tiga lagi kematian hari ini, satu daripadanya dikategorikan sebagai meninggal dunia disebabkan Covid-19 sementara dua lagi tiada kaitan.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar memaklumkan dengan perkembangan ini, jumlah kematian meningkat kepada 81 orang.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, Dr Md Isham berkata, ketika ini terdapat 17 kes Kategori 4 memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi

Manakala tujuh kes kekal pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Menurut Dr Md Isham,  sebanyak 2,555 kes baharu dilaporkan, berbanding 2,602 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 112,093 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,958 adalah hasil pengesanan daripada ujian ART manakala 597 kes lagi adalah hasil daripada 3,462 ujian makmal RT-PCR dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 4,422 kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih 78,341 manakala jumlah kes aktif sebanyak 33,586

Pada masa ini kata Dr Isham , kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 7.3 peratus  dengan 240  kes aktif sedang menjalani rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital.

Katanya, sebanyak 33,346 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga 12 Mac, sebanyak 58.5 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

Related posts

Leave a Comment