Penerima dos penggalak meningkat

PUTRAJAYA 13 Mac  – Seramai 20,170 lagi individu mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 15,259,493 orang atau 64.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos itu.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,934,341 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,210,853 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,144,379 individu atau 32.2 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Semalam sebanyak 24,311 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos berkenaan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,836,325 individu atau 91.2 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,936,489 atau 94.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,688 dos diberikan meliputi 25,471 dos pertama, 1,047 dos kedua dan 20,170 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,113,082.

Related posts

Leave a Comment