Kes harian turun bawah 30,000

PUTRAJAYA 13 Mac – Angka harian kes Covid-19 di negara ini turun kepada bawah 30,000, dengan 26,250 jangkitan baharu direkodkan semalam berbanding 32,800 yang dilaporkan kelmarin.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes setakat ini meningkat kepada 3,801,036 dengan Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 6,472 diikuti Pulau Pinang 2,533 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,399.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan, sebanyak 25,089 kes sembuh, semalam, menjadikan jumlahnya mencecah 3,443,532 manakala 323,784 kes masih aktif, termasuk 311,946 yang menjalani isolasi di kediaman masing-masing.

Seramai 2,780 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), manakala 8,691 menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 77 kes kematian Covid -19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 33,720 dengan Pulau Pinang tertinggi iaitu 12 kes, diikuti Selangor dan Kelantan masing-masing dengan 11 kes.

Kedah merekodkan sembilan kes, Johor (lapan), Perak (tujuh), Perlis dan Terengganu masing-masing dengan empat kes, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing dengan tiga kes, Sabah (dua) serta Sarawak, Pahang dan Melaka masing-masing dengan satu kes.

Related posts

Leave a Comment