9,701 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 11 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,701 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan enam orang lagi dilaporkan meninggal dunia.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,597 kes jangkitan tempatan dan 104 ‬kes import menjadikan jumlah keseluruhan 939,436 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 1,145

MoH memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 8,383 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia melibatkan 57 kes import dan 8,326 jangkitan tempatan.

Sebanyak 1,318 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,271 adalah jangkitan tempatan manakala 47 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 1,348 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 1,375 semalam, di mana 181 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 32 dipantau di ICU dan 16,291 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Sebanyak 91 peratus lengkap divaksin dua dos, 92 peratus menerima satu dos dan 70 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment