Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 13 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun lagi sehingga 0.99 berbanding 1.03 kelmarin.

Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi, satu negeri menyamai kadar 0.99 manakala tiga lagi lebih rendah.

Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.29 berbanding kelmarin 1.34, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.14, Terengganu 1.13

Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 1.07, Selangor 1.04, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing 1.03, Kedah dan Pahang masing-masing masing 1.02, seterusnya Johor 1.00.

Perlis menyamai  0.99, Kelantan 0.97, Wilayah Persekutuan Labuan 0.80 dan Sabah 0.70.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment