5.7 juta kes, 5.1 sembuh di Indonesia

JAKARTA 6 Mac – Indonesia setakat ini merekodkan 5,748,725 kes positif Covid-19 termasuk 24,867 kes yang direkodkan hari ini dan pada masa yang sama 49,080 lagi sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 5,122,602 orang pulih. Daripada jumlah kes sembuh itu, 47,905 adalah kes tempatan dan 1,175 kes import manakala kes positif pula melibatkan 24,188 kes tempatan dan 679 kes import sementara kes aktif baharu pula 24,467 menjadikan 475,951. Sebanyak 254 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif mencapai 150,172 kematian. Sementara itu, terdapat lima provinsi dengan angka kesembuhan harian tertinggi…

Read More

13,158 kes baharu Singapura

SINGAPURA 6 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan lima kematian dan 13,158 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 13,018 jangkitan tempatan dan 140 kes import. Berikutan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 1,078 manakala jumlah kumulatif kes pula sebanyak 832,821. Daripada jumlah kes baharu itu, 11,493 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini melibatkan 85 kes import dan 11,408 jangkitan tempatan.…

Read More

Tak perlu ujian ulangan selepas kuarantin

PUTRAJAYA 6 Mac – Individu positif Covid-19 yang selesai menjalani kuarantin tidak perlu melakukan ujian ulangan, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ujian seperti Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga dua hingga tiga bulan setelah dijangkiti. “Misalnya dalam tempoh viral shedding. Namun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini Beliau juga memaklumkan ujian Covid-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) (kendiri dan profesional)…

Read More

38,594 kes aktif Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Mac – Tiga kematian dan 4,005 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam hari ini, berbanding lima orang meninggal dunia dan 4,095 kes yang direkodkan semalam. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, satu kematian dikaitkan dengan Covid-19, satu tiada kaitan dan satu kes lagi masih dalam siasatan menjadikan jumlah keseluruhan 70. Katanya, daripada 4,005 kes itu, sembilan dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi manakala lapan dalam Kategori 5,  memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Bercakap pada…

Read More

Ceramah tanpa pelitup muka

PONTIAN 6 Mac – Kementerian Kesihatan sudah mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi kelonggaran kepada penceramah, untuk tidak memakai pelitup muka ketika memberi ucapan kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kelonggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dibenarkan, sekiranya terdapat penjarakan fizikal yang sesuai dalam aktiviti berkempen. Beliau telah membincangkan perkara ini dengan Bahagian Kawalan Penyakit dan jika ada penjarakan fizikal yang sesuai, penceramah yang sedang memberi ucapan sahaja dibenarkan untuk membuka pelitup muka. SPR sebelum ini menetapkan ceramah, syarahan atau kempen…

Read More

Rapatkan saf solat

SUBUH hari ini, imam Masjidilharam, Sheikh Abdullah Juhany mengingatkan jemaah merapatkan saf, berdiri sebelah menyebelah tanpa penjarakan fizikal. Ini berikutan Kementerian Dalam Negeri memutuskan membatalkan penjarakan fizikal ketika solat dan pemansuhan permit untuk solat di masjid. Situasi sama juga berlaku di Masjid Nabawi, Madinah. Di Madinah pintu Bab As Salam juga dibuka berikutan pemansuhan permit solat. Untuk rekod kes harian di Arab Saudi hari ini, Ahad adalah 317 dengan dua kematian. Foto Haramain Sharifain

Read More

317 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 6 Mac – Arab Saudi merekodkan 317 kes harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam, naik sedikit berbanding 283 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam, satu kematian. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 747,436 manakala jumlah kumulatif kematian 9,008 orang. Kementerian juga memaklumkan 668 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 727,544 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 422 dilaporkan dalam keadaan kritikal. Sementara itu Kementerian Haji dan Umrah juga…

Read More

870 kes baharu di Filipina

MANILA 6 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina masih di bawah 1,000 kes dengan menunjukkan penurunan iaitu 870 kes berbanding 941 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,667,542. Bagaimanapun jumlah kematian harian meningkat apabila 144 dilaporkan meninggal dunia hari ini berbanding 109 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 57,023 kematian. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH ), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,433 dan ini meningkatkan jumlah pesakit pulih kepada 3,561,726 atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini,…

Read More

21,881 kes baharu Thailand

BANGKOK 6 Mac – Thailand merekodkan 21,881 kes baharu Covid-19 dengan 59 kematian dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,026,695 kes dan 23,235 yang meninggal dunia. Daripada 21,861 kes baharu, 21,747 adalah kes jangkitan tempatan dan 134 kes import. Bangkok merekodkan 2,147 kes baharu, disusuli 980 di Nakhon Si Thammarat. Chon Buri  883 dan Nakhon Ratchasima 723. Kes kematian pula turut melibatkan seorang warga Myanmar manakala 78 peratus kematian melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Bangkok juga merekodkan lapan kematian diikuti empat masing-masing di Surin dan …

Read More