222 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 26 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini adalah sebanyak 222 kes berbanding 250 semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,493.

Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, kesemua 222 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala 333 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu disahkan negatif.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Beliau memberitahu , sebanyak 267 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 145,694 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,576, iaitu enam kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,570 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Katanya, dalam tempoh 24 jam lalu, satu kes meninggal dunia dilaporkan tetapi tidak dikategorikan sebagai akibat Covid-19.

Sementara itu semalam, seramai 133 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 34,074  atau 79.4 peratus telah menerima satu dos.

Sebanyak 831 dos kedua diberikan kepada kanak-kanak pada usia berkenaan menjadikan 18,053 dos atau 42.1 peratus menerima dua dos manakala 70 peratus penduduk dewasa mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment