13,158 kes baharu Singapura

SINGAPURA 6 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan lima kematian dan 13,158 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 13,018 jangkitan tempatan dan 140 kes import.

Berikutan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 1,078 manakala jumlah kumulatif kes pula sebanyak 832,821.

Daripada jumlah kes baharu itu, 11,493 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Protokol 2 ini melibatkan 85 kes import dan 11,408 jangkitan tempatan.

Sebanyak 1,665 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,610 adalah jangkitan tempatan manakala 55 adalah kes import.

Sementara itu seramai 1,437 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 1,559 semalam di mana 190 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 47 dipantau rapi di ICU.

Seramai 18,172 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat Jumaat (4 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment