870 kes baharu di Filipina

MANILA 6 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina masih di bawah 1,000 kes dengan menunjukkan penurunan iaitu 870 kes berbanding 941 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,667,542.

Bagaimanapun jumlah kematian harian meningkat apabila 144 dilaporkan meninggal dunia hari ini berbanding 109 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 57,023 kematian.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH ), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,433 dan ini meningkatkan jumlah pesakit pulih kepada 3,561,726 atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini, 1.3 peratus atau 48,793 adalah kes aktif.

Sementara itu, DoH menjelaskan daripada 870 kes yang dilaporkan hari ini, 799 (92%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (21 Februari – 6 Mac 2022).

Daripada 144 kematian, 12 berlaku pada Mac 2022 (8%), 64 pada Februari 2022 (50%), 48 pada Januari 2022 (33%), 3 pada Disember 2021 (2%), 6 pada November 2021 (4%), 4 pada Oktober 2021 (3%), dan 7 pada September 2021 (5%).

Related posts

Leave a Comment