317 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 6 Mac – Arab Saudi merekodkan 317 kes harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam, naik sedikit berbanding 283 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam, satu kematian.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 747,436 manakala jumlah kumulatif kematian 9,008 orang.

Kementerian juga memaklumkan 668 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 727,544 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 422 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Kementerian Haji dan Umrah juga mengumumkan tiada lagi permit untuk solat di Masjidilharam dan Masjid Nabawi mulai Sabtu semalam.

Related posts

Leave a Comment