5.7 juta kes, 5.1 sembuh di Indonesia

JAKARTA 6 Mac – Indonesia setakat ini merekodkan 5,748,725 kes positif Covid-19 termasuk 24,867 kes yang direkodkan hari ini dan pada masa yang sama 49,080 lagi sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 5,122,602 orang pulih.

Daripada jumlah kes sembuh itu, 47,905 adalah kes tempatan dan 1,175 kes import manakala kes positif pula melibatkan 24,188 kes tempatan dan 679 kes import sementara kes aktif baharu pula 24,467 menjadikan 475,951.

Sebanyak 254 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif mencapai 150,172 kematian.

Sementara itu, terdapat lima provinsi dengan angka kesembuhan harian tertinggi iaitu Jawa Barat 18,518, diikuti Jawa Tengah 4,967,  DKI Jakarta 4,441, Jawa Timur 3,687, dan Kalimantan Timur 2,213.

Jawa Barat juga merekodkan kes positif tertinggi iaitu 4,972 diikuti DKI Jakarta 3,669,  Jawa Tengah 2,539, Jawa Timur 2,325 dan DI Yogyakarta 1,771.

Manakala bagi kes kematian, terdapat 29 wilayah menambah kes di mana lima wilayah yang mencatatkan kes terbanyak adalah Jawa Tengah 43, Jawa Timur 42, Jawa Barat 25,  lDI Yogyakarta 20 dan  DKI Jakarta 19.

Bagi program vaksinasi pula, jumlah penerima dos pertama adalah 168,062 menjadikan jumlah keseluruhan 192,003,490, dos kedua bertambah 577,802 menjadikan 147,858,311 manakala 462,140 dos ketiga menjadikan 12,405,103.

Related posts

Leave a Comment