17,564 kes harian di Singapura

SINGAPURA 4 Mac – Sebanyak 18 kematian dan 17,564 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,067 meninggal dunia dan 803,389 kes jangkitan. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 17,406‬ adalah jangkitan tempatan manakala 158 kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15,139 adalah kes baharu Protokol 2 terdiri daripada 15,139‬ kes iaitu 102 kes import dan 15,037 jangkitan tempatan. Sebanyak 2,425 kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 2,369 adalah jangkitan tempatan manakala 56 adalah kes import. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.97,…

Read More

5.6 juta positif 5 juta sembuh

JAKARTA 4 Mac – Lebih lima juta pesakit Covid-19 di Indonesia dilaporkan sembuh setakat hari ini manakala jumlah kes positif pula meningkat kepada 5.6 juta orang sejak pandemik dikesan. Mengikut rekod Kementerian Kesihatan, sebanyak 40,462 orang dilaporkan sembuh hari ini iaitu 39,700 kes tempatan dan 762 import – menjadikan jumlah keseluruhan 5,026,853 orang pulih. Sebanyak 26,347 kes positif direkodkan yang meliputi 25,765 kes tempatan dan 582 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,693,702 orang manakala 14,443 kes aktif dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 517,253. Sementara itu jumlah kematian meningkat kepada…

Read More

MB PH tunggu lepas menang

BATU PAHAT 4 Mac – Pakatan Harapan (PH) Johor akan menamakan menteri besar daripada kalangan mereka yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, kata Pengerusinya, Aminolhuda Hassan. Beliau berkata ketika ini fokus utama pucuk kepemimpinan adalah untuk memenangi PRN dan memanfaatkan tempoh berkempen yang berbaki lapan hari lagi. Katanya, PH tidak berbincang lagi calon jawatan menteri besar dalam parti komponen yang ada kerana perkara yang lebih penting untuk dibincangkan adalah mencapai kemenangan di Johor pada PRN kali ini. Menurut Aminolhuda, meletak seseorang sebagai calon pentadbir negeri, memerlukan perbincangan…

Read More

Dua minggu belajar atas talian

BERAKAS 4 Mac – Kaedah pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah Brunei Darussalam akan dilaksanakan secara atas talian atau secara online learning selama dua minggu mulai 7 hingga 19 Mac ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II,  Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, langkah itu diambil berikutan kehadiran pelajar yang jauh berkurangan sejak kebelakangan ini. Ia melibatkan pusat penjagaan kanak-kanak, tadika, sekolah rendah dan menengah, sekolah ugama dan pusat-pusat tingkatan enam di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.…

Read More

4,215 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 4 Mac – Sebanyak 4,215 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kurang sedikit berbanding 4,885 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 80,749. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II,  Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, sebanyak 10 kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Beliau yang mewakili Menteri Kesihatan pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 berkata, sebanyak sembilan kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.…

Read More

Kes harian Arab Saudi 363

RIYADH 4 Mac – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian di bawah 500 untuk hari ketiga berturut-turut apabila merekodkan 363 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 407 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 746,836  dan 9,005 kematian. Sebanyak 559 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 726,351 orang pulih. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 461 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Read More

23,834 kes baharu Thailand

BANGKOK 4 Mac – Sebanyak 54 lagi meninggal dunia dan 23,834 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23,124 kematian dan 2,981,996 kes. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 31,571 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam lalu. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 23,603 adalah dalam kalangan penduduk awam, 85 penghuni penjara dan 146 kes import. Sebanyak 19,351 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 2,731,029 orang. Bagi kes kematian, usia termuda yang meninggal dunia adalah setahun dan tertua…

Read More

MRT3 digantung PH diteruskan

KUALA LUMPUR 4 Mac – Kerajaan meluluskan pembinaan Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) yang sebelum ini digantung oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keutamaan projek akan diberikan kepada kontraktor tempatan khususnya Bumiputera bagi menjana peluang perniagaan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. MRT3 yang akan menghubungkan laluan MRT1 dan MRT2 di sekitar Lembah Klang dijangka memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara, selaras dengan objektif kerajaan untuk memperkasa sektor perniagaan serta mewujudkan 600,000 pekerjaan pada tahun ini. “Kerajaan…

Read More

Kes harian Filipina turun

MANILA 4 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina menunjukkan penurunan hari ini apabila merekodkan 853 berbanding 989 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,665,747. Jumlah kematian pula sebanyak 232 orang berbanding 34 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,770. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH ), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh meningkat apabila 1,062 lagi dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,558,747 atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini, sebanyak 1.4 peratus atau 50,230 adalah kes aktif. Sementara itu,…

Read More