Lonjakan kes di Thailand

BANGKOK 23 Feb. – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan lebih 18,000 kes harian Covid-19, jumlah kes di Thailand hari ini melonjak kepada 21,232 kes dengan jumlah kematian 39 orang.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,770,793 orang manakala 22,790  meninggal dunia.

Semalam Thailand merekodkan 18,363 kes dan sebelum itu 18,066 kes pada 18 Februari diikuti 18,885 (19 Feb.), 18,953 (20 Feb.) dan semalam 18,883 (21 Feb.)

Terdapat 20,904 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 160 penghuni penjara dan 168 kes import.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 28 dan 95 tahun dengan Bangkok merekodkan sembilan kes, Nakhon Pathom (2), Pathum Thani (2), Samut Prakan (2), Samut Sakhon (1), Chachoengsao (1), Chon Buri (1),  Nakhon Nayok (1).

Di Timur Laut, tiga kes di Si Sa Ket, dua di Nakhon Ratchasima dan Ubon Ratchathani dan satu kes di Loei, Kalasin, Khon Kaen Chaiyaphum dan Maha Sarakham.

Turut merekodkan kematian adalah Phuket (3), Chumphon (1), Trang (1), Phangnga (1), Mae Hong Son (1) Phichit (1).

Bangkok juga masih mencatatkan kes yang tinggi iaitu 3,079, diikuti Chon Buri 1,369, Samut Prakan 990, Nakhon Si Thammarat 782 , Nonthaburi 724, Phuket 648, Nakhon Ratchasima 587, Samut Sakhon 573, Rayong 481 dan Suphan Buri 474.

Pada Selasa semalam, sebanyak 173,605 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital, termasuk 882 pesakit serius dan 229 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 16,662 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,574,458 orang.

Related posts

Leave a Comment