23,834 kes baharu Thailand

BANGKOK 4 Mac – Sebanyak 54 lagi meninggal dunia dan 23,834 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23,124 kematian dan 2,981,996 kes.

Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 31,571 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 23,603 adalah dalam kalangan penduduk awam, 85 penghuni penjara dan 146 kes import.

Sebanyak 19,351 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 2,731,029 orang.

Bagi kes kematian, usia termuda yang meninggal dunia adalah setahun dan tertua 91 tahun.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,580 diikuti Chon Buri 1,320,

Nakhon Si Thammarat 1,124,  Samut Prakan 953, Nakhon Ratchasima 814, Pathum Thani 689, Samut Sakhon 686, Nakhon Pathom 684, Rayong 649 dan Phuket 623.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari 34 negara termasuk 38 dari Myanmar, Rusia 20, Jerman 11 dan 10 dari United Kingdom.

Semalam, sebanyak 227,843 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,115 kes kritikal dan 337 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment