5.6 juta positif 5 juta sembuh

JAKARTA 4 Mac – Lebih lima juta pesakit Covid-19 di Indonesia dilaporkan sembuh setakat hari ini manakala jumlah kes positif pula meningkat kepada 5.6 juta orang sejak pandemik dikesan.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan, sebanyak 40,462 orang dilaporkan sembuh hari ini iaitu 39,700 kes tempatan dan 762 import – menjadikan jumlah keseluruhan 5,026,853 orang pulih.

Sebanyak 26,347 kes positif direkodkan yang meliputi 25,765 kes tempatan dan 582 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,693,702 orang manakala 14,443 kes aktif dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 517,253.

Sementara itu jumlah kematian meningkat kepada 149,596 orang termasuk 328 lagi  yang meninggal dunia hari ini.

Kes kematian direkodkan di 29 provinsi di mana lima provinsi mencatat angka yang tinggi iaitu, Jawa Tengah 96 kes, Jawa Timur 62, Jawa Barat 29, DKI Jakarta 24 dan Sumatera Utara 13.

Lima provinsi dengan angka kesembuhan tertinggi pula adalah Jawa Tengah dengan 6,070 orang, diikuti DKI Jakarta 5,554, Jawa Barat 5,452, Jawa Timur 4,574,

serta Banten 3,007.

Bagi kes positif pula, Jawa Barat merekodkan 5,312 kes baharu diikuti DKI Jakarta 3,727, Jawa Tengah 3,324,  Jawa Timur 2,331 dan DI Yogyakarta 2,229,

Mengenai program vaksinasi, sebanyak 521,033 orang mendapatkan dos pertama hari ini menjadikan jumlah penerima 191,631,442, manakala penerima dos kedua bertambah 350,743 dengan jumlah kumulatif 146,554,884 orang.

Sebanyak 133,441 lagi mendapat vaksin ketiga menjadikan jumlah keseluruhan 11,457,714 orang . Sasaran vaksinasi adalah 208,265,720.

Related posts

Leave a Comment