17,564 kes harian di Singapura

SINGAPURA 4 Mac – Sebanyak 18 kematian dan 17,564 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,067 meninggal dunia dan 803,389 kes jangkitan.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 17,406‬ adalah jangkitan tempatan manakala 158 kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15,139 adalah kes baharu Protokol 2 terdiri daripada 15,139‬ kes iaitu 102 kes import dan 15,037 jangkitan tempatan.

Sebanyak 2,425 kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 2,369 adalah jangkitan tempatan manakala 56 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.97, turun sedikit berbanding 0.98 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu, sebanyak 1,678 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,685 semalam

Sebanyak 211 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 45 dipantau rapi di ICU manakala 23,545 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment