Kes harian Arab Saudi 363

RIYADH 4 Mac – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian di bawah 500 untuk hari ketiga berturut-turut apabila merekodkan 363 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 407 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 746,836  dan 9,005 kematian.

Sebanyak 559 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 726,351 orang pulih.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 461 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment