Kes harian Filipina turun

MANILA 4 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina menunjukkan penurunan hari ini apabila merekodkan 853 berbanding 989 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,665,747.

Jumlah kematian pula sebanyak 232 orang berbanding 34 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,770.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH ), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh meningkat apabila 1,062 lagi dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,558,747 atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini, sebanyak 1.4 peratus atau 50,230 adalah kes aktif.

Sementara itu, daripada 853 kes yang dilaporkan hari ini, 784 (92%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (19 Februari – 4 Mac 2022).

Dan daripada 232 kematian, lima berlaku pada Mac 2022 (2%), 17 pada Februari 2022 (7%), 16 pada Januari 2022 (7%), 7 pada November 2021 (3%), 18 pada Oktober 2021 (8%), 36 pada September 2021 (16%).

Sebanyak 22 kes pada Ogos 2021 (9%), 9 pada Julai 2021 (4%), 7 pada Jun 2021 (3%), 14 pada Mei 2021 (6%), 20 pada April 2021 (9%), 31 pada Mac 2021 (13%), 4 pada Februari 2021 (2%), 1 pada Januari 2021 (0%), 1 pada Disember 2020 (0%).

Tujuh kes pada November 2020 (3%), 4 pada Oktober 2020 (2%), 5 pada September 2020 (2%), 6 pada Ogos 2020 (3%), dan 2 pada Julai 2020 (1%) kerana lewat pengekodan maklumat kematian kepada COVIDKaya.

Related posts

Leave a Comment