19,159 kes baharu Singapura

SINGAPURA 2 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) setakat pukul 12 tengah hari ini melaporkan 19,159 kes baharu Covid-19 serta 10 kematian Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18,999 adalah jangkitan tempatan dan 160 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 767,663 dan 1,040 kematian. Seramai 14,722 pesakit dibenarkan keluar hospital manakala jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 16,482 yang terdiri daripada 109 kes import dan 16,374 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,677 kes…

Read More

Naik GST ‘sukar, tidak popular’

SINGAPURA 2 Mac –  Langkah menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), satu komponen dalam sistem pencukaian negara, adalah sukar dan tidak popular tetapi ia perlu dilaksanakan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Katanya, langkah itu akan meletakkan kedudukan kewangan awam pada asas lebih kukuh, di samping menyediakan keperluan jagaan kesihatan negara yang semakin meningkat. Beliau berkata, Pakej Jaminan GST, akan mengurangkan kesan kenaikan GST kepada rakyat, manakala Skim Baucar GST memberi bantuan berterusan kepada golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan malah menjangkaui tempoh peralihan. “Saya berharap rakyat Singapura akan memahami mengapa…

Read More

Indonesia tambah 40,920 kes

JAKARTA 2 Mac – Jumlah kes harian positif Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 40,920 kes baharu direkodkan yang terdiri daripada 40,321 kes tempatan dan 599 kes import berbanding 24,728 kes semalam. Kes kematian juga meningkat apabila 376 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding 325 kelmarin. Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,630,096 dengan jumlah kumulatif 149,036 kematian manakala kes aktif 536,823. Sebanyak 42,935 pesakit dilaporkan sembuh hari ini melibatkan 42,677 kes tempatan dan 258 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,944,237 orang pulih daripada Covid-19. Lima provinsi dengan kesembuhan…

Read More

PKRC MAEPS dikenali PKRC ZWT

SERDANG 2 Mac –  Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang diaktifkan semula Jumaat lalu kini dikenali sebagai PKRC Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT). Pusat ini yang dibuka pada skala kecil dengan kapasiti 850 katil adalah bagi menampung pesakit Covid-19 Kategori 1, 2A dan 2B. Timbalan Komander Unified Command Centre Dr Ridzuan Mohd Isa berkata, PKRC ZWT telah menerima 119 pesakit dan setakat ini 29 pesakit sudah dibenarkan keluar, manakala 90 lagi yang berumur antara 13 dan 50 tahun, masih menerima rawatan.…

Read More

3,887 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 2 Mac – Dua lagi meninggal dunia dan 3,887 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 66 kematian dan 71,649 kes jangkitan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II,  Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, satu kematian disahkan berkaitan Covid-19 manakala satu kes lagi masih dalam siasatan. Beliau yang mewakili Menteri Kesihatan pada sidang media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam berkata, sebanyak enam kes berada dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan…

Read More

Kes di Arab Saudi turun kepada 476

RIYADH 2 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini jatuh sehingga di bawah 500 apabila merekodkan 476 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 563 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) seorang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding tiga kes semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 746,066 manakala 9,002 orang meninggal dunia. MoH juga memaklumkan sebanyak 719 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 725,107 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, 522 dalam keadaan kritikal.

Read More

22 kematian tiada kaitan vaksin

PUTRAJAYA 2 Mac – Sebanyak 22 kematian daripada 45 laporan yang diterima Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) melibatkan kematian dalam kalangan penerima dos penggalak didapati tiada hubung kait dengan vaksin yang diterima. Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata rumusan terhadap 22 kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK) manakala 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dibentangkan untuk penilaian jawatankuasa itu. Katanya, setakat 25 Februari, NPRA menerima 25,445 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin Covid-19 dengan 93 peratus atau 23,682 kes yang…

Read More

Kerusi panas PM kelapan

TAJUK utama akhbar The Star pada 2 Mac 2020. Memang kerusi panas apabila Muhyiddin Yasin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan pada 24 Februari 2020. Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam kenyataan media Istana Negara pada 29 Februari 2020, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Baginda berkenan melantik Presiden Bersatu itu, sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara…

Read More

Kes di Filipina di bawah 1,000

MANILA 2 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 866 kes baharu, satu angka yang menunjukkan penurunan berbanding 1,067 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 3,663,920. Setakat pukul 4 petang ini, DoH merekodkan 53 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 56,504 kematian. Pada masa yang sama jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 3,556,589 orang atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 1,622 orang yang dilaporkan sembuh hari ini. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini, sebanyak 1.4 peratus atau 50,827 adalah kes aktif. Sementara itu DoH…

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 2 Mac – Jika semalam merekodkan 20,420 kes, Thailand hari ini mencatatkan kenaikan kes baharu Covid-19 iaitu 22,197 kes dalam tempoh 24 jam dengan 45 kematian berbanding 43 semalam. Daripada jumlah itu terdapat 21,858 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 221 penghuni penjara dan 118 kes import. Berikutan tambahan itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,934,544 dengan jumlah meninggal dunia pula 23,021 orang manakala 19,093 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,692,739 orang pulih. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 28 hingga 98 tahun dan antara wilayah…

Read More