MANILA 2 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 866 kes baharu, satu angka yang menunjukkan penurunan berbanding 1,067 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 3,663,920.
Setakat pukul 4 petang ini, DoH merekodkan 53 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 56,504 kematian.
Pada masa yang sama jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 3,556,589 orang atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 1,622 orang yang dilaporkan sembuh hari ini.
Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini, sebanyak 1.4 peratus atau 50,827 adalah kes aktif.
Sementara itu DoH menjelaskan daripada 866 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 757 (87%) berlaku dalam tempoh 14 hari ini (17 Februari – 2 Mac 2022).
Daripada 53 kematian, 23 berlaku pada Februari 2022 (43%), 2 pada Januari 2022 (4%), 1 pada Disember 2021 (2%), 2 pada November 2021 (4%), 10 pada Oktober 2021 (19%), 5 pada September 2021 (9%),.
Dua kes berlaku pada Ogos 2021 (4%), 1 Julai 2021 (2%),2 pada Jun 2021 (4%), 1 pada Mac 2021 (2%), 1 pada Februari 2021 (2%),1 pada November 2020 (2%), 1 dalam Julai 2020 (2%), dan 1 pada Mac 2020 (2%).