Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 2 Mac – Jika semalam merekodkan 20,420 kes, Thailand hari ini mencatatkan kenaikan kes baharu Covid-19 iaitu 22,197 kes dalam tempoh 24 jam dengan 45 kematian berbanding 43 semalam.

Daripada jumlah itu terdapat 21,858 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 221 penghuni penjara dan 118 kes import.

Berikutan tambahan itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,934,544 dengan jumlah meninggal dunia pula 23,021 orang manakala 19,093 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,692,739 orang pulih.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 28 hingga 98 tahun dan antara wilayah yang merekodkan kematian tertinggi adalah di Selatan sebanyak 14 kes, Utara lapan, dan lapan kes di Timur Laut.

Bangkok merekodkan kes harian tertingggi dengan 3,018, diikuti Chon Buri 1,134,

Samut Prakan 986, Phuket 688, Nonthaburi 682, Samut Sakhon 678, Nakhon Si Thammarat 632, Nakhon Ratchasima 609, Ratchaburi 591 dan Buri Ram 503.

Kes import pula termasuk 18 dari Rusia, Jerman 12, Kemboja 11, dan tujuh masing-masing dari Sweden, Emiriyah Arab Bersatu dan United Kingdom.

Semalam sebanyak 218,784 pesakit menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,094 kes kritikal dan 310 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment