Kes di Arab Saudi turun kepada 476

RIYADH 2 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini jatuh sehingga di bawah 500 apabila merekodkan 476 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 563 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) seorang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding tiga kes semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 746,066 manakala 9,002 orang meninggal dunia.

MoH juga memaklumkan sebanyak 719 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 725,107 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, 522 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment