22 kematian tiada kaitan vaksin

PUTRAJAYA 2 Mac – Sebanyak 22 kematian daripada 45 laporan yang diterima Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) melibatkan kematian dalam kalangan penerima dos penggalak didapati tiada hubung kait dengan vaksin yang diterima.

Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata rumusan terhadap 22 kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK) manakala 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dibentangkan untuk penilaian jawatankuasa itu.

Katanya, setakat 25 Februari, NPRA menerima 25,445 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin Covid-19 dengan 93 peratus atau 23,682 kes yang dilaporkan adalah kes tidak serius manakala 1,763 laporan pula dikategorikan sebagai AEFI serius.

Daripada jumlah keseluruhan itu, NPRA menerima 1,275 laporan AEFI melibatkan dos penggalak dengan 90 kes atau 7.06 peratus laporan AEFI itu diklasifikasikan sebagai serius,” katanya.

Dalam taklimat media mengenai AEFI vaksin Covid-19 secara maya hari ini.

Dr Roshayati berkata 94 laporan AEFI melibatkan penerima vaksin dalam golongan kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan hanya dua laporan sebagai serius.

Ia melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami gejala asma teruk yang dirawat di hospital selama dua hari sebelum dibenarkan keluar manakala satu lagi kes melibatkan kanak-kanak lelaki 10 tahun yang mengalami paralisis muka namun semakin pulih.

“Secara keseluruhannya, trend pelaporan AEFI dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima oleh NPRA tidak jauh berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh negara rujukan regulatori yang lain,” kata Dr Roshayati.

 

Related posts

Leave a Comment