Kerusi panas PM kelapan

TAJUK utama akhbar The Star pada 2 Mac 2020. Memang kerusi panas apabila Muhyiddin Yasin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan pada 24 Februari 2020.

Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam kenyataan media Istana Negara pada 29 Februari 2020, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Baginda berkenan melantik Presiden Bersatu itu, sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun kedudukan itu berakhir apabila Muhyiddin meletak jawatan sebagai pada 16 Ogos 2021.

Pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment