Dua kematian di Brunei Darussalam

BERAKAS 25 Feb. – Dua kematian direkodkan hari ini ketika Brunei Darussalam merekodkan 3,461 kes jangkitan berbanding 3,721 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 51,516. Bagaimanapun hanya satu kematian dikaitkan dengan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 63 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak sembilan kes disahkan Covid-19 sekarang berada dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi.  Manakala empat kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif, di mana dua daripadanya adalah kes baharu.  Sebanyak 1,255 kes…

Read More

18,597 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 25 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 18,597 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, naik empat kes berbanding 18,593 yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 18,383 adalah jangkitan tempatan dan 214 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan 679,795 kes. Sebanyak 11 kes kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 986 orang telah meninggal dunia. Jumlah kes baharu Protokol 2 pula adalah 15,411, terdiri daripada 98 kes import dan 15,313 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai…

Read More

24,932 kes baharu di Thailand

BANGKOK 25 Feb. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan mencatatkan 24,932 mengatasi 23,557, angka tertinggi semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,819,282 kes. Sebanyak 41 kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 38 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,809 meninggal dunia. Usia termuda yang meninggal dunia adalah berusia tiga bulan dan tertua 104 tahun. Bangkok merekodkan satu kematian manakala kematian tertinggi di wilayah Selatan dengan 10 kes, enam di wilayah Utara dan lima di Timur Laut. Terdapat 24,564 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 201 penghuni penjara,…

Read More

Penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 25 Feb. – Arab Saudi merekodkan penurunan kes harian Covid-19 dengan mencatatkan 664 kes berbanding 677 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kematian direkodkan hari ini berbanding satu kes semalam dan tiga kes sebelumnya. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 743,205 manakala kematian pula sebanyak 8,993 orang. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 720,388 selepas 1,409 orang lagi disahkan sembuh. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 637 kes dalam keadaan kritika

Read More

1,671 kes baharu Filipina

MANILA 25 Feb.- Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,671 pertambahan kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,658,891. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 56,224 berikutan 59 lagi individu dilaporkan meninggal dunia. Bagi kes pesakit sembuh pula, DoH merekodkan sebanyak 1,586 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,547,528 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 1.5 peratus atau 55,140 adalah kes aktif, meningkat sedikit berbanding 55,079 yang dilaporkan semalam. Sementara itu DoH menjelaskan daripada 1,671 kes yang dilaporkan hari ini, 1,200 (72%) berlaku dalam tempoh…

Read More

Singapura belum sedia ‘rapat saf’

SINGAPURA 25 Feb. – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan terus melaksanakan langkah-langkah jarak selamat sama ada bagi solat jemaah atau kegiatan-kegiatan agama di masjid. Dalam catatan di Facebooknya semalam, Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen menjelaskan langkah mengekalkan jarak selamat itu dibuat  selepas kadar jangkitan masih sangat tinggi. “Dengan berat hati kami akan mengekalkan status quo bagi solat jemaah dan kegiatan di masjid-masjid. Kami akan mengekalkan (peraturan) jarak 1 meter antara jemaah. Zon-zon dan tanda-tanda jarak selamat akan dikekalkan,” jelas Kadir. Berikutan kenyataan itu,  bermakna tiada cadangan ‘merapatkan saf’ atau…

Read More

754 kanak-kanak dijangkiti

KOTA KINABALU 25 Feb. – Sebanyak 754 daripada 4,256 kes yang direkodkan di Sabah hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, kata Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 Masidi Manjun. Daripada jumlah itu, 517 kes melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang belum menerima vaksin manakala 237 kes lagi kanak-kanak bawah lima tahun. Katanya, setakat ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah melaksanakan pemberian vaksin kepada 36,382 daripada 411,400 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Selain itu, Masidi memberitahu, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi pada 65.48 peratus sekali…

Read More

Warisan tanding 6 kerusi

JOHOR BAHRU 25 Feb. – Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata kerusi yang akan ditandinginya adalah Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas. Katanya, penyertaan Warisan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di PRN Johor sebagai persediaan parti bertapak di Johor. Bagaimanapun katanya, calon yang dikemukakan ini adalah berkelayakan dan terbaik. Mereka adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nanas), Sandara Segaran Arumugam (Bekok), Mohamed Noor Suleiman (Mahkota), Chen Hain Kai (Johor…

Read More

Dos penggalak, kenapa Jumaat, masjid?

MULAI hari ini, solat Jumaat di Selangor hanya ‘terbuka’ kepada jemaah yang lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak. Perkhabaran kurang menyenangkan selepas masjid dan surau dibuka mengikut kapasiti dan penjarakan lebih ‘rapat’.. Sejak 21 Januari 2022, jemaah tidak lagi terkejar-kejar mencari ruang di masjid atau surau Jumaat selepas Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah. Pada masa yang sama, ketika itu jemaah di Selangor yang berjiran dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan tidak lagi merentas negeri hanya…

Read More

Kes baharu Malaysia 32,070

PUTRAJAYA 25 Feb. – Kes jangkitan baharu Covid-19 sekali lagi melepasi paras tertinggi baharu semalam apabila sebanyak 32,070 dilaporkan, berbanding 31,199 yang direkodkan kelmarin. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 3,337,227. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan 23,332 kes sembuh semalam, yang menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang sudah pulih kini mencecah 3,018,172 kes atau 90.4 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan wabak itu. Daripada bilangan kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 31,861 adalah kes tempatan iaitu 30,956 warganegara…

Read More