1,671 kes baharu Filipina

MANILA 25 Feb.- Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,671 pertambahan kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,658,891.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 56,224 berikutan 59 lagi individu dilaporkan meninggal dunia.

Bagi kes pesakit sembuh pula, DoH merekodkan sebanyak 1,586 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,547,528 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 1.5 peratus atau 55,140 adalah kes aktif, meningkat sedikit berbanding 55,079 yang dilaporkan semalam.

Sementara itu DoH menjelaskan daripada 1,671 kes yang dilaporkan hari ini, 1,200 (72%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (12 Februari – 25 Februari 2022).

Manakala dari 59 kematian, 30 berlaku pada Februari 2022 (51%), 11 pada Januari 2022 (19%), 2 pada Disember 2021 (3%), 2 pada November 2021 (3%).

Lima lagi pada Oktober 2021 (8%), 5 pada September 2021 (8%), 2 pada Ogos 2021 (3%), dan 2 pada Julai 2021 (3%)

Related posts

Leave a Comment