24,932 kes baharu di Thailand

BANGKOK 25 Feb. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan mencatatkan 24,932 mengatasi 23,557, angka tertinggi semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,819,282 kes.

Sebanyak 41 kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 38 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,809 meninggal dunia.

Usia termuda yang meninggal dunia adalah berusia tiga bulan dan tertua 104 tahun.

Bangkok merekodkan satu kematian manakala kematian tertinggi di wilayah Selatan dengan 10 kes, enam di wilayah Utara dan lima di Timur Laut.

Terdapat 24,564 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 201 penghuni penjara, dan 167 kes import.

Sebanyak 24,447 disahkan di hospital dan 117 melalui ujian yang dijalankan.

Bangkok merekodkan 3,285 kes diikuti Chon Buri 1,419, Samut Prakan 1,128 Nakhon Si Thammarat 911, Nonthaburi 775, Ratchaburi 738, Samut Sakhon 716, Phuket 684, Nakhon Pathom 649 dan Nakhon Ratchasima 644.

Dalam kalangan kes import pula, sebanyak 30 kes dari Rusia diikuti Arab Saudi 29, Kemboja dan Myanmar masing-masing 11 kes, Jerman 8, Estonia 6 dan lima kes masing-masing dari Sweden dan Israel.

Pada Khamis, semalam, sebanyak 190,110 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital, termasuk 931 kes kritikal dan 254 kes bergantung kepada ventilator.

Sebanyak 15,774 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,606,363 orang.

Sejak pandemik bermula pada awal tahun 2020, terdapat 2,819,282 kes Covid-19 termasuk 595,847 tahun ini, yang secara keseluruhan sebanyak 2,606,363 sembuh setakat ini manakala 22,809 kematian termasuk 1,111 yang direkodkan tahun ini.

Related posts

Leave a Comment